Sinopsis Surat Buat Bakal Isteriku Astro Surat Buat Bakal Isteriku mengisahkan Qiasara menerima sepucuk lagi surat yang tertera,’Untuk Bakal Isteriku Qiasara’. Membuatkan dia tertanya-tanya siapa pengirim surat tersebut. Qiasara mula menyiasat di kalangan pelajar senior siapa yang bernama Fakrul Razi. Surat Buat Bakal Isteriku Astro lakonan Shukri Yahya dan Sariyanti Pada awalnya, Qiasara cuba merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan rakan karibnya Izati Ainul Aishah. Namun, rahsianya dipecahkan juga. Persoalan siapa yang mengirimkannya surat diluahkan kepada Izati. Semenjak kehadiran surat itu yang ditujukan kepadanya bertalu-talu, Qiasara menjadi kuat perasan! Sesiapa yang memandangnya, pasti akan dilabel sebagai Fakrul Razi, pemilik surat tersebut. Usaha mencari pelajar senior bernama Fakrul Razi gagal. Qiasara kecewa. Suatu hari, ketika Qiasara melalui kawasan koridor kampus, Qiasara terdengar bacaan Al Quran yang sungguh merdu. Qiasara terpikat mendengar alunan pemuda yang membaca surah tersebut. Keesokan harinya, Qiasara melalui kawasan itu untuk melihat pemilik suara yang membaca surah namun pemuda itu tidak muncul. Qiasara balik dengan hati kecewa. Qiasara diarahkan untuk menampal nota di papan notis. Ketika ingin mencari ruangan kosong, Qiasara terpandang gambar seorang lelaki kacak di papan kenyataan itu! Fakrul Razi!!! Pemenang tilawah Al Quran. Qiasara begitu terkejut! Itulah pemuda yang mengutuskan surat kepadanya. Juga pemuda yang membaca surah di koridor kampus. Pada masa yang sama, muka Qiasara berubah kelat. Huish, lelaki itulah yang menegur dirinya tersalah masuk tandas lelaki. Qiasara menjadi malu. Namun hatinya berbunga riang, dia kini sudah mengetahui siapa memberikannya surat selama ini. Tonton drama Surat Buat Bakal Isteriku Astro Rupanya Fakrul Razi satu kelas dengan kakaknya iaitu Kak Chik Anis Al Idrus. Fakrul menghantar rombongan meminang kepada Qiasara. Majlis pertunangan berlangsung dengan lancar. Kini Qiasara menjadi tunangan insan yang pernah mengutuskannya surat. 6 bulan telah berlalu, rakan baiknya baru mengetahui rupanya Qiasara telah bertunang. Dia sedikit kecil hati kerana Qiasara menyorok berita itu dari pengetahuan dirinya. Qiasara meluahkan masalahnya kepada Izati. Dia kini merasa tidak bahagia. Malah dipanjangkan lagi hingga ke pengetahuan ibu bapanya. Kak Chik cuba memberi kata-kata semangat. Selepas Fakrul tamat belajar, dia langsung tidak menelefon, juga langsung tidak mengkhabarkan dirinya kepada Qiasara selama tempoh 6 bulan itu. Hati Qiasara terluka. Dia memberitahu keluarganya yang dia ingin memutuskan tali pertunangan! Qiasara menangis teresa-esak! Kakaknya cuba menenangkannya. Beberapa hari kemudian, Fakrul datang ke rumah. Kehadiran Fakrul membuatkan Qiasara teruja dan gembira. Sudah lama dia tidak menatap wajah buah hatinya itu. Pertemuan itu membuatkan Qiasara kembali bahagia. Qiasara yang sedang sibuk menghadiri kuliah dikejutkan dengan panggilan dari ibunya yang meminta dia untuk balik segera. Wajah ibu dan kakaknya sugul, kakaknya menyerahkan sekeping sampul surat kepada Qiasara dan memberitahu agar Qiasara menerima dengan tabah. Hati Qiasara berdegup kencang! Memikirkan apa isi dalam sampul tersebut. Rupanya ia adalah kad undangan perkahwinan dia dan Fakrul. Qiasara menjerit ke arah kakaknya kerana mempermainkannya. Kak Chik ketawa geli hati. Perkahwinan Fakrul dan Qiasara dahpun ditetapkan. Menunggu hari bersejarah itu membuatkan Qiasara begitu bahagia. Akhirnya, Qiasara sah menjadi isteri kepada pemilik surat cinta di zaman kolejnya. –Tamat- Pelakon Utama Telefilem Surat Buat Bakal Isteriku Astro Sariyanti – Qiasara Shukri Yahya – Fakrul Aznah Hamid – Mummi Anis Al Idrus – Kak Chik Ainul Aishah – Izati Pelakon Pembantu Surat Buat Bakal Isteriku Astro Ria Azhar Bin Amir – Walid Hanafy Muhammad Amni Bin Ramli – Munir Ibrahim Bin Abd Rashid – Fuad Numan Bin Mohamad Salleh – Pak Long Noorsiah Binti Yusof – Mak Long Gambar Telefilem Surat Buat Bakal Isteriku Surat Buat Bakal Isteriku Astro OST Lagu Tema Surat Buat Bakal Isteriku Lagu tema telefilem Surat Buat Bakal Isteriku Astro Lagu Mimpi Penyanyi Aishah Lagu Daya Cinta Penyanyi Akim Ahmad Lagu Bukankah Aku Penyanyi Awi Rafael Lagu Hujung Waktu Penyanyi Azhael Saksikan telefilem Surat Buat Bakal Isteriku Tarikh disiarkan Surat Buat Bakal Isteriku disiarkan 2 Januari 2016 Hari Sabtu Jam malam Saluran Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Makhlukyang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila
JUDUL SURAT BUAT BAKAL ISTERIKUTARIKH / MASA Sabtu, 2 Januari 2016 malamSIARAN Astro Ria & Ria HDPENGARAH Riza BaharudinTERBITAN Global Station Sdn BhdPELAKON Shukri Yahaya, Sariyanyi, Ainul Aishah, Sharifah Anis Al-Idrus, Azna HamidSINOPSIS SURAT BUAT BAKAL ISTERIKUQaisara sering menerima surat cinta daripada ramai lelaki. Semuanya dibuang namun surat yang tertera 'Untuk bakal isteriku' menarik perhatian Qaisara untuk mengetahui siapakah gerangan penulisnya.
. 452 330 33 1 446 415 359 135
film malaysia surat buat bakal isteri